Kelebihan Tingkatan Enam
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah;
- STPM diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
- Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
- Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas itu sudah baik. Pointer yang diperlukan bagi STPM bagi kegunaan kemasukan ke ijazah pertama juga lebih rendah berbanding kursus Matrikulasi, Diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
- Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung kepada subjek.
- Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia! Entahlah tetapi kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang. Maksudnya anda boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
Taraf Sijil STPM
Setiap
subjek lulus prinsipal akan mendapat taraf Advanced Level (setaraf
A-Level) Cambridge, UK. Taraf A-Level ni sangat tinggi, diploma pun
belum bertaraf A-Level, STPM sudah mendahului. Taraf soalannya juga
sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE
A-Level, peperiksaan yang disediakan di Britain untuk pelajar mereka
bagi kemasukan ke luar negara.
Di
luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM- Junior Cambrige. Ada
juga disamakan dengan High School Certificate(HSC) dan High School
Diploma di US. STPM sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian
diadakan di IPTA kita. Lagi satu sijil STPM laku juga di luar negara
dan boleh digunakan untuk bekerja dan lanjutkan pelajaran terkenal
seluruh dunia.
Pembelajaran Di Tingkatan 6
Subjek dalam STPM mempunyai ruang lingkup yang sangat luas, menuntut kesabaran dan lebih praktikal.
Fikiran
juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca
bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat
membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan,
sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insya-Allah pasti
berjaya kelak.
Selaraslah
dengan kerajaan mahu menjadikan atau menjenamakan semula Tingkatan Enam
seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel
pendidikan. Tingkatan Enam meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di
universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah
tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan
pemikiran dan cara belajar.
Sukatan Pelajaran
Tingkatan
Enam kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga
atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard
(piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan
ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.
Di
Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya
ditanda oleh guru Tingkatan Enam yang pakar dalam bidangnya.
Soalan
serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge
luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar
negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan
Universiti Cambridge.
(sumber untuk Tingkatan Enam kebanyakan diambil dan diubahsuai daripada eputra.com )
Program Matrikulasi dan Asasi
Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 425 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 375 untuk jurusan Perakaunan (PST). Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.

Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.
Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong'.
Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.
Manakala
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program
asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains
Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi
Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa
Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi
Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains
Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma ke IPTA Melalui UPU
Program
Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti.
Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3
tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah
dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu.
Ini
bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma
mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Salam sejahtera, Cikgu Liaw, saya Cikgu Tim dari SMK St Peter Bundu, Kuala Penyu, Sabah. Saya sangat berminat dengan cara cikgu menyediakan kuiz atas talian, sangat menarik dan efektif untuk membantu pelajar akaun saya.
ReplyDeleteBoleh cikgu cadangkan perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan kuiz yang berkualiti, seperti dalam blog cikgu?
Harap cikgu dapat memberikan cadangan. Sekian. :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu, saya masih memikirkan yang mana terbaik untuk saya sama ada sambung pengajian ke tingkatan 6 atau memasuki manaa mana bidang pengajian diploma yag berkaitan dengan pendidikan. saya ingin menjadi cikgu dan ramai mengesyorkan saya untuk sambung ke tingkatan 6. saya harap cikgu boleh beri cadangan kepada saya agar saya dapat membuat keputusan dengan betul.
ReplyDeleteAssalam para pelajar Perakaunan & Ckgu yg budiman... syabas & tahniah kerana pelajar2 mempunyai keberanian utk ambil Acct STPM. Uncle melihat kualiti kertas Perakaunan STPM sebenarnya lebih extra ordinaire.. tu pasal pelajar2 semua klu berjaya dlm STPM kelak elakkan ambil Perakaunan IPTA ttpi masuk terus buat ACCA @ ICAEW @ CIMA di INTEC (kolej persendirian UiTM) Kursus2 tu AMAT LAKU di pasaran kerja. Gaji memula mungkin rendah skit coz pengalaman x mantap.. ttpi bila pengalaman Acct & Finance dah byk & lama Gaji & Bonus berpotensi dalam puluhan ribu sebulan.. mewah nk beri mak ayah...
ReplyDelete