Standard perakaunan mendominasi tugas-tugas akauntan
yang mana standard-standard tersebut terus menerus berubah, dihapus atau
ditambah sama ada di Amerika Syarikat atau di negara-negara lain. Standard ini memberikan petunjuk yang
praktikal dan mudah yang berkaitan dengan tugas-tugas akauntan. Standard secara
umum diterima sebagai peraturan firma untuk memberi kebenaran kepada sesuatu
yang tiada penyesuaian. Standard perakaunan biasanya terdiri daripada tiga
bahagian iaitu:
a)
satu
deskripsi kepada masalah yang hendak diatasi
b)
suatu
sebab perbincangan atau jalan untuk selesaikan masalah
c)
selari
dengan keputusan dan teori, ianya menentukan penyelesaian
Secara
umumnya, standard perakaunan membatasi bahagian ketiga terutamnya standard
pengauditan yang mana ianya menimbulkan banyak kontroversi berkenaan dengan
ketiadaan teori sokongan dan ketiadaan
pendekatan yang jelas digunakan. Umumnya standard yang ada hanya sampai
bahagian satu dan bahagian dua dengan sokongan teori yang sangat ringkas dalam
memberi petunjuk kepada tindakan yang dilakukan. Berkait dengan masalah utama
yang dihadapi standard, Edey membahagikan keperluan standard kepada empat jenis yang utama iaitu:
a)
menyatakan
bahawa akauntan harus melaporkan kepada orang ramai tentang apa yang mereka
lakukan dengan mendedahkan pendekatan-pendekatan dan andaian-andaian yang
digunakan.
b)
matlamat
kepada pencapaian keseragaman dalam persembahan atau penyediaan pernyataan
perakaunan.
c)
melakukan
pendedahan terhadap hal-hal khusus di mana para pengguna diminta untuk
melakukan pengujian terhadap penilaian yang dibuat.
d)
memerlukan
pembuatan keputusan secara eksplisit dan implisit tentang persetujuan penilaian
aset dan penetapan pendapatan.
Terdapat beberapa sebab atau pertimbangan dalam
penetapan standard yang harus diperhatikan iaitu:
a)
standard
dapat menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi dan aktiviti
firma kepada seluruh pengguna maklumat perakaunan. Maklumat-maklumat ini
dianggap jelas, konsisten, boleh dipercayai dan boleh dibandingkan.
b)
dapat
menyediakan akauntan awam dengan panduan dan peraturan tindakan untuk
membolehkan mereka membuat pengujian secara berhati-hati dan bebas apabila
menggunakan keahlian dan integritinya dalam mengaudit laporan firma serta
membuktikan kewajaran laporan tersebut.
c)
dapat
menyediakan pangkalan data dengan pelbagai variabel yang penting kepada
kerajaan untuk membolehkan kerajaan menguruskan hal percukaian, undang-undang
perniagaan, perancangan dan undang-undang ekonomi dan meningkatkan kecekapan ekonomi serta
matlamat sosial yang lain.
d)
standard
menghasilkan prinsip dan teori yang penting bagi seluruh pihak yang
berkepentingan dalam disiplin ilmu perakauanan. Penggunaan standard menimbulkan
banyak kontroversi dan perdebatan baik dalam lingkungan praktik ataupun
akademik yang mana ianya sebuah keadaan yang lebih baik daripada tidak
mempedulikannya(sikap yang apatik).
No comments:
Post a Comment